dengan sistem ini juga, ianya dapat memberi pulangan 'pengumpulan dana' yang besar dan lumayan, adil, sempurna dan lebih terjamin kepada ahlinya.
konsep dan sisten penyelarasan pengurusan ini kemudiannya dinotis resolusikan atas nama 'IKHLAS' untuk pelaksanaannya. dan selepas ini ianya disebut 'IKHLAS'.
(A) MESEJ
Sesungguhnya kita menyedari bahawa dunia dan negara sedang menuju ke era 'Global', bermakna kita sedang berhadapan dengan arus pembangunan yang deras, licin dan mencabar. Mahu atau tidak sekali pun kita terpaksa menerimanya juga.
Menyedari hakikat ini, dan bertujuan untuk menolong dan menyampung persediaan bagi menyahut pembangunan ini, maka 'IKHLAS' menyediakan rakitnya agar pesertanya dapat sama-sama berakit ke tepian.
(B) KONSEP
Berkerjasama atau bantu membantu sesama peserta AWSB dan dengan AWSB (syarikat pengurusan) bagi menjamin perjalanan 'IKHLAS' lebih lincin, stabil dan sempurna.
(C) OBJEKTIF
Menyediakan satu formula atau kaedah bagi peserta mendapat kewangan yang diperlukan dengan cara tidak membeban dan terbeban, iaitu sumbang menyumbang sesama peserta.
- Dengan cara ini diharapkan dapat meringan atau menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh peserta, seperti dapat menyelesaikan hutang piutang.
- Meringankan tangggungan keluarga peserta.
- Membina atau membangunkan perusahaan atau perniagaan dan sehubung dengannya.
- Dapat menyelesaikan berbagai-bagai masalah serta membuat persediaan untuk berbagai-bagai tujuan untuk membangunkan diri dan keluarga.